Seuntai Kata Untuk Dirasa....

Thursday 18 October 2012

Never Ending Story.....Kelebihan VS Kelemahan

...masih mengukir coretan....entah kenapa pintu hatiku diketuk untuk mencoret.....terlintas dalam hati ni menulis tentang kelebihan..apa itu kelebihan?..sebagai guru BM dan memegang title GKMP Bahasa, aku sepatutnya tahu apa maksud kelebihan...kelemahan?...pun sama, sepatutnya mampu ku memberikan pendefinisian di sini, namun ini bukan medan perbahasan, yang selalu kuikuti, selalu kuhakimi...inilah satu coretan yang sebagai luahan rasa, bukan niat untuk sesiapa, hanya sekadar coretan bernama coretan.....guru, pastinya insan yang sangat dihormati, mempunyai banyak KELEBIHAN....bukan sekadar memberikan didikan, guru juga insan yang mampu menjadi pendengar yang setia, menjadi tempat anak didik mengadu rasa....dan seribu macam kelebihan yang pastinya tidak ada pada insan yang bukan guru...namun kelebihan guru ini pastinya akan tercalar dek kerana....KELEMAHAN yang dimiliki.....apa itu kelemahan seorang guru yang paling jelas dan nyata...tanpa adab sopan dan budi bahasa, jatuhlah martabat seorang guru.....setiap insan pastinya akan ada kelemahan, namun jangan dibajai kelemahan itu, jangan disirami kelemahan itu dengan air mawar....buanglah kelemahan itu jauh-jauh..dek kurangnya budi bahasa dan adab sopan, terserlah segala kelemahan diri, jangan membuka pekung di dada....aku masih ingat pesanan bijak pandai..."jika kita tua, berilah nasihat dan jika kita muda, terimalah nasihat...."..bolehkah kata-kata bijak pandai diguna pakai?.....berapa ramai si senior yang sanggup memberi nasihat dan berapa ramai pula si junior yang sanggup menerima nasihat?...tepuk dada, tanya selera.....sebagai hamba Allah yang mash mencari kesempurnaan, aku sentiasa melihat kelebihan yang dimiliki oleh orang lain sebagai satu teladan, sentiasa ku cuba lempar jauh-jauh untuk menceritakan segala kelemahan orang lain, namun kenapa yang lemah sahaja menjadi bahan bualan dan jajaan?...itulah lumrah kehidupan, tiada insan yang sempurna, ambillah positif apa jua yang menjelma...jaga tutur kata....takut aku melihat satu budaya yang kurang sihat ini....bijak pandai ada berkata "apabila keburukan menjadi kebiasaan, tiada lagi pertimbangan dalam kehidupan"...sangat kutakuti....selagi aku diberi akal untuk berfikir, akan ku cuba membantu, jika bukan dengan tindakan cukuplah dengan doa dan harapan,  aku memang tidak sempurna, namun akan ku cuba mencari kesempurnaan , ingatan pada diri ini, cerminlah diri...hanya dengan melihat diri pada si cermin, kita akan sedar...di mana letaknya martabat kita yang sebenarnya...jika tidak malu pada orang lain malulah pada diri sendiri...Ya Allah, semoga hambaMu ini sentiasa dalam landasan yang benar...InsyaAllah....

No comments:

Post a Comment