Seuntai Kata Untuk Dirasa....

Saturday 27 September 2014

NEVER ENDING STORY.....Mencari Cinta Hakiki - Salam Al-Haram

Allahuakbar...Alhamdulillah...setiap sesuatu niat yang baik, jika penuh tulus dan ikhlas, InsyaAllah akan dikabulkan oleh Yang Maha Esa..Allah swt...Mencari Cinta Hakiki...Salam Al-Haram, inilah naskhah yang akan kubuka pada malam yang sangat hening ini selepas hujan turun menyirami bumi kala senja tadi. Ku buka nashkah ini dengan mencoret sebuah catatan perjalanan yang sangat agung...sungguh tidak ternilai harganya. Suatu kisah yang akan kekal subur dalam ingatanku..Tanah Suci Madinah dan Mekah, di sinilah Cinta Hakiki akan kutemui. Sentiasa kurindui untuk kujejakkan kakiku lagi untuk kali-kali yang entah ke berapa kalinya mampu kujejaki..sehingga ke akhir hayatku. Menyahut seruan untuk menjengah ke Tanah Suci...sungguh tidak terjangka olehku..akan kucoret segalanya sebagai nashkahku yang sangat agung... .Ya Allah...masih segar dalam ingatan, bagaimana segalanya berlaku tanpa perancangan awal. Kakakku yang tersayang beria-ia sangat mengajakku bersama-samanya dan abangku untuk ke Tanah Suci-Al Haram. Dalam hati ku, hanya Allah swt sahaja yang tahu..sudah lama terpendam niat ini tapi sukar untuk kuluahkan pada sesiapa..apatah lagi pada suamiku tersayang. Aku yakin tiada siapa pun di dunia ini yang tidak menyimpan niat dan keinginan untuk ke Al-Haram. Namun...benarlah janji Allah swt..berniat atas perkara yang baik, pasti ada jalannya, jika disusuli dengan doa yng berterusan dan tidak pernah putus. Hati melonjak riang dan terharu tatkala kuajukan soalan untuk ke Tanah Suci kepada suamiku disambut dengan jawapan 'ya' darinya. Allahuakbar...siapa sangka.. tidak ada dalam perancangan namun jika Allah swt izinkan pastinya akan terjadi. 'kun fa ya kun'.
Kakakku mendaftarkan nama kami semua dengan TH Travel...doa terusku panjatkan semoga dipermudahkan segala urusan dan hasrat murni ini akan menjadi kenyataan, dan aku sangat bersyukur kerana bondaku yang tersayang ada untuk menjaga permata-permata hatiku. Adanya bonda tercinta, menambahkan lagi kekuatanku dan keyakinanku untuk meninggalkan pemata hatiku especially babyku..Nik Afif Darwish sepanjang aku dan suami di Tanah Suci, Ya Allah..semoga urusan ini mendapat keizinanMu...Mencari Cinta Hakiki...Salam Al-Haram..akan kucoret...dalam nashkah bahagian ke 2 nanti....

Never Ending Story..... SABAR....vs...REDHA

Subhanallah....sungguh pantas putaran masa ini dilalui....rupanya sudah hampir dua tahun aku tidak membuka nashkah ini...karya hati yang sangat aku sayangi...Ya Allah..terlalu banyak peristiwa suka duka yang ku lalui dan harungi sepanjang tempoh ini..., namun yang pasti, peristiwa duka yang lebih berat yang kutanggung.. menjengah dan mencengkam jauh ke lubuk hati. Ya Allah, sesungguhnya hanya Engkau lah yang Maha Mengetahui apa yang hambaMu ini lalui....suka dan duka...jika boleh ditimbang beratnya, pastinya duka akan mengatasi...kerana berduka ini atas sesuatu yang tidak boleh ditukar ganti..tiada dua dan tiganya dalam dunia ini...
satu-satunya..KEHILANGAN..namun...Alhamdulillah...Allah swt berikan berikan apa yang aku dambakan...SABAR.... disulami dengan REDHA...Ya Allah..anugerahMu telah memberikan seribu kekuatan...sejuta ketabahan...untuk terusku mengatur langkah demi menyempurnakan tugasku sebagai isteri, ibu, dan pendidik....Syukur Ya Allah kerana sabar dan redha selalu ada dalam diri kerana hambaMu ini yakin setiap sesuatu kejadian ada tersembunyi sejuta hikmah di sebaliknya....syukur Alhamdulillah Ya Allah...

Wednesday 7 November 2012

Never Ending Story...BICARA KATA


...usai sudah aku menonton satu cerita yang sangat menyentuh jauh ke lubuk hatiku....sudah lama aku tidak berkesempatan menyaksikan cerita yang ditayangkan di tv, entah kenapa pada malam itu aku diberi masa  dan anakku si baby juga sanggup menemaniku...sanggup si kecil ini korbankan siri kartun kegemarannya "Adventure Time" demi untuk memberikan peluang kepada mamanya menonton cerita ini dan berada bersama-sama denganku juga.... aku cukup yakin si kecil ini pun tidak berapa tahu makna yang tersirat di sebalik cerita berkenaan...."Hilangnya Doa Seorang Ibu", itulah cerita yang kutonton. Masya-Allah....sangat menggerunkan dan dasyatnya apabila diperlihatkan balasan Allah SWT terhadap si anak yang sangat riak, takbur dan sombong atas kekayaannya...Namun di sebalik sikapnya itu, wang untuk ibu tidak pernah dilupakan, bersedekah tidak pernah dipinggirkan apatah lagi untuk meninggalkan solat. Anak yang sangat taat dengan ajaran agama, namun dia lupa, TUTUR KATAnya yang sangat menyakitkan, teramat pedih telah melukakan hati bukan sahaja si ibu malahan adik-beradiknya,.. telah memakan dirinya sendiri... Ya Allah, sudah terang lagi bersuluh...TUTUR KATA ini jelas menjadi satu titik mula goyahnya hubungan dengan insan di atas muka bumi ini...apatah lagi dengan insan tersayang. TUTUR KATA ini menjadi satu perkara yang sangat penting yang harus dijaga yang terbit dari bibir setiap insan..apatah lagi bagi yang bergelar hamba kepada Allah SWT dan mengaku dirinya beriman...kenapa ini yang sentiasa masih kita lupakan?..aku sebagai penonoton setia sangat takut akan azab dan balasan yang Allah SWT berikan, isi ceritanya ada ketikanya   sangat bersamaan dengan peristiwa yang berlaku dalam lingkungan kehidupanku....bagaimana ini harus berlaku?...sukarnya...teramat sukar. Aku imbas semula apa yang telah berlaku dan telah kualami, banyak..terlalu banyak, dan jelas serta nyata, kejadian yang memang berlaku di hadapan mataku sendiri...kejadian yang kudengar dengan telinga kusendiri...Masya-Allah, jika balasan Allah SWT turunkan dengan serta merta, apakah sanggup aku berdepan dengan semua ini....itulah BICARA KATA....terlalu rumit untuk dirungkai, rumit untuk diselesai...jaga hati, akan terjaga bicara dan kata...jangan diRAJAkan dan diSYAITANkan hati itu, sesungguhnya si laknatullah ini sentiasa mencari jalan untuk meruntuhkan hubungan sesama insan, itulah yang menjadi sahabatnya, janganlah menjadikan syaitan sebagai peneman setia....nauzubillah.... . janji syaitan laknatullah sebaik dikeluarkan dari syurga Allah SWT,  akan menyelusup masuk dalam setiap aliran darah manusia....sehingga goyahnya iman dan maruah...hancur dan musnah....Kenapa ada dengki dan iri hati....berbicaralah sekiranya ada kekusutan dalam hati dan jiwa...jangan andaian menjadi pemandu rasa... ingatlah, kita semua hambaNya yang memang tidak akan mampu menjadi yang sempurna....jagalah  hati..kelak akan terjaga kata....aku sekadar meluahkan rasa, cerita yang kutonton ini, membuatkan aku bermuhasabah akan diri sendiri...adakah aku juga menjaga tutur kata dan bicara ku selama ini? Ya Allah , jika ada perkataan yag terbit dari mulutku melukakan hati insan di alam ini, berikanlah aku cahaya kasihMu, semoga aku akan sentiasa sedar akan khilafan dan sentiasa cuba mencari kesempurnaan, walaupun sesungguhnya aku tahu, dalam lingkungan kehidupanku ini, laluanku semakin hari semakin sukar, mata-mata yang mencari kesilapan ada di sekitar....hanya kekuatan yang kupinta agar aku masih berada pada landasan Mu Ya Allah...berada dan terus berada..jika hari ini aku tergelincir...kuatkan semangat dan jiwaku..agar hatiku dan bicaraku sentiasa dalam lindunganMu...InsyaAllah....

Friday 26 October 2012

Pengorbanan....

...Sayu hati mendengar takbir hari raya....Hari Raya Korban...mendengar takbir dan tahmid ini sungguh syahdu..rindu akan Yang Maha Pencipta..sungguh indah alunan ini, Ya Allah...Dikaulah Maha Pencipta Yang Maha Sempurna. Selamat Hari Raya Korban..apakah pengorbanan yang telah kita lakukan selama ini?...adakah sudah cukup pengorbanan ini?.... Ya Allah, hamba masih belum mampu lakukan, sesungguhnya tiada pengorbanan yang paling hebat jika dibandingkan dengan pengorbanan Nabi Allah, Ibrahim a.s...sanggup mengorbankan anak sendiri  Musa a.s hanya kerana memenuhi tuntutan perintah Allah SWT...namun Maha Suci Allah, digantikan si anak itu dengan seekor binatang, dan pengorbanan inilah yang pastinya tidak akan dilupa oleh seluruh umat Islam di alam maya ini. Pada tika dan saat ini, pengorbanan yang paling besar adalah berkorban untuk agama Islam yang tercinta, namun berapa ramaikah yang sanggup berjihad ke jalan Allah?... jihad ini mempunyai pelbagai maksud dan pengertian...perlu diungkai satu persatu....Ya Allah, masih sukar untuk hamba melakukan tugas itu ...apa yang hamba mampu lakukan pada saat ini hanyalah meletakkan SABAR pada tempat yang paling atas di dalam hati walaupun kadang kala perasaan SABAR ini nyaris tergelincir..., berkorban hati dan perasaan....sesungguhnya hambaMu ini sangat-sangat bersyukur ke hadrat  Mu kerana hamba ini masih mampu SABAR dalam apa jua cabaran dugaan yang melanda....SABAR ku sebagai seorang anak, isteri, ibu, pendidik dan yang paling penting sebagai hambaMu Ya Allah...dan inilah yang kuanggap sebagai sebuah PENGORBANAN. Aku bukanlah seorang pejuang Islam, namun akan ku cuba tegakkan agama ini walau dalam keadaan apa pun jua. Setiap detik kupohon agar kekuatan pegangan agamaku semakin hari semakin kuat dan teguh...ku cuba buktikan kepada rakan-rakan yang bukan seagama bahawa Islam Is The Way of Life....itulah pentingnya budi bahasa dan adab sopan....kerana pembawaan lahiriah kita akan mencerminkan segala yang terkandung di dalam batiniah....biarlah orang lain boleh menjadikan penganut Islam sebagai Role Model....adakah tugas ini sukar?...adakah kita mampu? Kita tidak melihat kesukaran Nabi Muhammad SAW dalam menegakkan agama yang tercinta ini...kita masih terlalu jauh dari kuat....sangat jauh...sebab itulah.. kekuatan daripadaNya sangat diperlukan,,,sesungguhnya rasa cinta yang mendalam terhadap Allah SWT pastinya akan menolak segala kesukaran ini...apa yang penting mulakan dengan niat dalam hati dan diringi dengan SABAR...kita pasti mampu memberikan sebuah PENGORBANAN yang paling suci dan murni hanya keranaMu ...Ya Allah...Insya-Allah...

Tuesday 23 October 2012

Never Ending Story....Perancangan vs Ketentuan


...perbincangan yang cukup panjang....memberikan seribu macam keputusan...apakah KETENTUAN yang akan diterima daripada PERANCANGAN yang dibina......hari ini kulalui satu perbincangan yang cukup panjang....pelbagai idea, buah fikiran.....dan pendapat disatukan....demi sebuah kata yang bernama KEJAYAAN...begitu luhur dan murninya tugas seorang guru...pelbagai cara cuba disatu..demi memastikan kejayaanmu...anak muridku...namun apakah ketentuan yang bakal diterima kelak, dari titik peluh perjuangan ini?...itulah mulianya tugas guru..demi mu, anak didikku....tika dan saat yang kulalui ini  terasa begitu pantas, masa bersamamu, anak didikku terasa tidak mampu lagi untuk dikejar...BEGITU PANTAS...sepantas kilat masa berlalu....apakah sudah cukup ilmu yang kubekalkan untukmu...setiap kali adanya perbincangan bersama-sama guru-guru yang lain, tiada topik lain yang dibincangkan...hanyalah sebuah perancangan, namun anak didikku, apakah ketahui olehmu akan kesusahan yang dilalui oleh gurumu ini?....berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul bebanan....betapa gusarnya guru memikirkan masa depan yag akan dikau genggam...perancangan vs ketentuan.....segalanya hanyalah sebuah coretan, untuk kuluahkan apa yang ku pendam....buat anak didikku, perjuanganmu masih panjang, teruskan perjuangan disaat-saat genting ini, aku dapat melihat kesungguhan yang mula tumbuh dalam diri kalian..namun aku sedikit ralat...kenapa pada saat akhir perjuangan....benih yang sudah lama ditanam, baru tumbuh dan bercambah....kenapa tidak pada awal perjuangan?..namun takdir Allah SWT....banyak perancangan yang tidak terjangkau oleh fikiran, semoga ketentuan buatmu, anak didikku adalah sebuah kejayaan...Insya-Allah      

Saturday 20 October 2012

Never Ending Story...Bicara Hati 2

Hari semalam, hatiku berbicara...hari ini masih ada rasa untuk berbicara, namun tanpa kudrat, rasa sahaja tidak mencukupi....ku jalinkan rasa dan kudrat untuk mencoret di dada blog ini....Bicara Hati 2...Sedetik Lebih...kenapa hatiku berasa sangat sayu mendengar lagu ini....mungkin pada insan yang bercinta, bait-bait kata yang terkandung dalam lagu ini ada hubungan dengan perasaan yang terjalin antara mereka, namun bagiku, lagu ini begitu sarat maksudnya dengan unsur ketuhanan...Ya Allah, hambamu ini sangat mencintaiMu.....semoga hati dan diri ini sentiasa mencintaimu, Sedetik Lebih.... ku panjatkan doa untukmu Ya Allah, semoga rasa kecintaan yang mendalam hambaMu ini tidak akan padam sehingga ke akhir hayatku...apa jua cara sanggup kulakukan demiMu Ya Allah, namun hamba ini bukanlah wali...yang sentiasa melakukan yang terbaik, bersih dan suci, hambaMu ini selalu melakukan kesilapan, demi kesilapan, walaupun dalam keadaan berwaspada dan beringat, ...entahlah, setiap hari sebelum memulakan langkahku sebagai hambaMu di muka bumi ini, doa ku pohon supaya diri ini terhindar dari melakukan dosa...namun, aku masih tergelincir....adakah ini menandakan aku masih tidak bersih?, iman ku masih jauh daripada baik? .... Ya Allah, kesedaran yang ada ini membantu hambaMu untuk mencari kesempurnaan, dan aku bersyukur kerana masih diberi kesedaran akan kekurangan diri....akan kuhijabkan hatiku, kerana ku tahu menghijabkan hati adalah lebih sukar daripada menghijab kepala....semoga akan kutemui apa yang aku cari selama ini Ya Allah...cahaya kasihMu yang sejati...InsyaAllah.....

Friday 19 October 2012

Never Ending Story......Bicara Hati


Bicara hati...mampukah hati ini berbicara?..meluahkan segala rasa, yang terpendam di dalam dada...Hari semalam telah kulalui....hari ini dihadapi dan hari esok, apakah yang akan aku depani..?.."barang yang lepas jangan dikenang, sudah menjadi hak orang lain..."sungguh indah bait-bait lagu itu...dari ribuan malahan jutaan kata hikmah, aku dapat mengutip beberapa kata yang yang mampu aku alunkan dalam jiwa, untuk menjadi pengubat ketika lara...akulah, insan yang bergelar hamba...kepada Allah SWT...banyak kekurangan diri yang tidak mampu dibaiki, namun keinginan, akan belajar membaiki....dari hari ke hari, perjalanan hidup terus dilalui..aku bukan penyair, yang mampu mengungkapkan kata-kata yang cukup indah..jauh sekali untuk bermadah, apa jua yang terbit dari bibir, itulah yang lahir dari hati...menjadi insan kamil, insan yang terhindar dari dosa...sangat sukar kurasa, kekuasaan yang Maha Esa, mampu mengubah segala, namun perlukan usaha, hendak seribu daya.....tidak hendak seribu dalih....jangan mencari seribu alasan....itulah bicara hatiku....perjalanan hidup yang masih panjang, harus kulalui, pelbagai ragam dan rencah dalam kehidupan...semuanya pasti kutempuhi...apa yang harus ada dalam diri ini, sebagai sumber kekuatan...Ya Allah....SABAR....itulah menjadi sumber kekuatanku yang hakiki....akan ku cuba untuk mencari landasan kebenaran....semoga aku tidak tergelincir....bicara hati...apakah yang ingin dibicarakan?..."tiada kata secantik bahasa"....kata-kata yang lahir dari bibir, pastinya bermula dari hati...dan dari hati ini, pastinya bermula dari akal..itulah anugerah Allah SWT yang sangat tinggil nilainya, daripada bicara bibir dapat menggambarkan bicara akal...., Ya Allah, semoga hambamu mampu meletakkan SABAR dalam hati, SABAR dalam jiwa dan SABAR dalam diri....semoga dalam hatiku ada TAMAN yang mampu menumbuhkan seribu kuntuman, menjadi dambaan sejuta insan...InsyaAllah.....