Seuntai Kata Untuk Dirasa....

Friday 25 November 2011

Never Ending Story..Catatan Percutian vs Kedamaian

Bermula sudah satu tempoh percutian yang agak panjang yang akan dilalui oleh insan yang bergelar guru....sebuah catatan percutian terindah...namun dalam cuti ini masih banyak yang perlu diselesaikan oleh insan ini...masih ada suara-suara tidak manis yang cuba mempertikaikan cuti ini..hanya Allah SWT sahaja yang mengetahui akan jasa dan pergorbanan ini..sukar diluahkan dan sukar digambarkan..hanya pendidik yang  memang dilahirkan sebagai pendidik yang sanggup memikul segala tugas yang diamanahkan...damaikah percutian ini?..damai jika dilihat dari luaran namun tiada kedamaian tanpa damai sebenar yang digapai...cuti inilah insan guru cuba mencari kedamaian ..ketenangan...insan guru..mencari yang hakiki...

Tuesday 15 November 2011

Never Ending Story..Chapter 9..Menghitung Hari vs Keihklasan....

...menghitung hari..untuk apa?..hari-hari terakhir sebelum direhatkan seketika, berehat dari beban kerja, beban minda..namun tugas sebagai pendidik tetap kekal sehingga ke akhir hayat. Masa berlalu sangat pantas, tidak terhitung oleh jari jemari, tahun ini semakin melabuhkan tirai, tahun hadapan berjumpa lagi, kepada rakan-rakan yang akan menyambung perjuangan ke destinasi yang lain, tahniah dan bekerjalah, sesungguhnya lakukanlah kerja dengan seikhlasnya, ingatlah, walaupun tiada mata yang melihat dan tiada telinga yang mendengar apa yang kita lakukan... Allah SWT tetap ada dan maha mengetahui segalanya. Kerja yang dilakukan dengan IKHLAS dan sentiasa mencari titik kesempurnaan akan memberikan penghasilan yang sangat membanggakan. Walau dimana kita berada, cerminlah diri, hiasi peribadi, jadilah diri kita sendiri, setiap kerja lakukanlah dengan sepenuh hati.  Aku masih ingat tahun pertama di'postingkan', tugas mengajar BM F5 kupikul, itulah yang menjadi satu cabaran hebat buatku,  ada juga komen yang memanaskan telinga yang diterima, maklumlah guru baharu yang masih muda...namun seikhlas hati kujalankan tugasku..dan akhirnya apabila keputusan diumumkan 98% muridku lulus BM, dan peratusan itu yang tertinggi dicapai, Alhamdulillah, satu kepahitan berbalas dengan seribu kemanisan...detik itulah jua pujian menerjah ke pendengaran ..kuasa Allah SWT, hanya Dialah yang mengetahui segalanya..akhirnya `pemberi' komen itu melemparkan senyum manis padaku....itulah KEIKHLASAN...ibarat seekor semut hitam di atas batu hitam pada malam yang kelam..sukar dilihat, namun sentiasa hadir dengan senyuman...
"Selamat Pengantin Baru"

....Itulah ucapan buat si pengantin..walaupun sudah terlalu lama, aku tetap ingin menghasilkan satu nukilan terindah buat tatapan anak buahku yang sangat kukasihi...terlalu pantas masa berlalu, akhirnya kau temui cinta sejati dan dipanjatkan doa semoga kekal abadi hingga ke akhir hayat nanti...Hingga Akhir Nanti, kau tetap jadi pujaan..itulah bait-bait kata yang dialunkan oleh Alleycats..semoga kisah cinta kalian akan menjadi satu tugu yang kekal teguh..pesanan untukmu...membina sebuah perkahwinan bukannya satu perkara yang senang dan bukan juga menjadi sesuatu yang sangat sukar...asal saja ada kesetiaan, kesabaran..dan paling penting keimanan..InsyaAllah mahligai yang dibina pasti kuat untuk menangkis alunan ombak badai...dan..pada tika dan saat ini, auntie2 ini menanti kehadiran baby comel...cahaya mata pengikat kasih sayang keluarga... semoga sentiasa dilindungi Allah SWT jua...

Never Ending Story....Salam Peperiksaan Anak Didikku Tersayang

Detik 14 November 2011 dinantikan oleh semua murid yang bergelar calon SPM...Alhamdulillah..anak-anak didikku telah melalui hari semalam dengan penuh riang dan ria...rasa puas dan ceria pada air muka masing-masing..namun masih ada yang sangat terkilan di hati ini sebagai `pemikul' kepada satu tanggunjawab yang cukup berat...ada beberapa muridku yang  keluar terlalu awal dari masa yang ditetapkan...apakan daya, sebelum ini sudah ku cuba memujuk agar mereka menjawab, ..sayang seribu kali sayang tiada langsung kesedaran dalam fikiran, mungkin tiada kemampuan untuk meneruskan perjuangan ..Namun di sebalik itu aku puas...bersama-sama beberapa muridku yang lain, membantu di saat akhir, bersama-sama mereka kutunaikan solat hajat..memohon keberkatan dan keredaan Allah SWT..mendekati beberapa muridku ini..rasa syahdu dan sayu..kalaulah dulu ku dekati mereka, aku tahu..terlalu banyak beban permasalahan yang dipikul oleh kalian..namun sabarlah..dan yakinlah, Allah itu Maha Besar...aku yakin dengan kekuasaanNya..semoga dibukakan hati mereka..menjadi murid yang cemerlang akhirnya...itulah harapan seluas samudera...segunung intan seorang guru..adakah mampu mereka gapai? hanya Allah SWT jua yang tahu pengakhirannya....

Tuesday 8 November 2011

Never Ending Story..Chapter 6...Catatan Terindah Buat Anak Didikku...

Assalamualaikum..dan salam sejahtera...buat anak-anak didikku, peperiksaan SPM semakin mendekati hampir ke gerbangnya...bagaimanakah persediaan kalian?...berdebar hatiku.. melihat reaksi kalian yang semakin di luar batas fikiran yang tidak terjangkau oleh akal guru-gurumu ini. Apa yang pasti bersedialah kalian demi masa depanmu, tahun ini aku hanya mampu berdoa dari jauh..walaupun tidakku didik dengan sepenuhnya, tugas dan tanggungjawabku pikul masih sama...sebelum dan selepas keputusan diumumkan persediaan untuk menjawab soalan-soalan panas perlu dilakukan, semoga usaha guru-guru semua diberkati, usaha yang penuh ikhlas pasti mendapat keberkatan..dan semoga anak-anak didik kita akan merangkul kejayaan yang cukup cemerlang yang mampu membuatkan kita semua `senyum lebar'..InsyaAllah..

Never Ending Story 5...Catatan Perjalanan Terindah

Selamat Hari Raya Korban...bermula dengan kisah pengorbanan yang dilakukan oleh Nabi Ibrahim a.s terhadap anakandanya sendiri..apakah pengorbanan yang sebegini mampu dilaksanakan oleh insan biasa seperti kita ini..Ya Allah, sesungguhnya kasih sayang dan rindu ini sentiasa tertumpah untuk Mu jua, namun apakah taraf pengorbanan yang mampu kita sebagai hambaMU ini lakukan...pengorbanan besar seorang insan yang bergelar ibu..tidak mampu dibalas oleh kita...ibu, insan yang sentiasa mendoakan kesejahteraan anak-anak, kasih ibuku, mahal nilainya...benarlah lirik lagu yang dialunkan..kasihnya ibu membawa ke syurga...bersama ibuku yang tersayang tidak pernah kurasa puas...kalau boleh diputarkan masa ingin ku selalu bersamanya..namun apakan daya, tugas dan tanggungjawabku lebih besar di sini...doa untuk ibu tidak pernah lekang daripada bibirku..semoga anak-anakku tersayang akan menyayangi ku seperti mana kasihku pada ibuku, dan kalau boleh lebih daripada yang mampu kulakukan untuk ibuku...InsyaAllah..semoga harapan ini dikabulkan Allah SWT jua.

Never Ending Story...Chapter 4

Terlalu lama ku tinggalkan arena penulisan di dada blog ini...anak-anak selalu mengingatkan aku membuat sebuah catatan buat tatapan mereka..sungguh tinggi nilai penulisan ini di mata anak-anak kesayanganku..pelbagai kisah pahit manis dilalui selama arena ini ku `rehatkan'...Alhamdulillah malam yang cukup syahdu ini..tiba-tiba timbul keinginan untukku membuat sebuah catatan terindah....NES Chap 4..cuti persekolahan semakin hampir , menjengah diri murid-muridku dan termasuklah juga anak-anak ku tersayang...apakah perancangan musim cuti mereka?..itulah sesuatu yang berlegar dalam benak fikiranku...semoga perancangan awal ini membuahkan hasil yang mendapat keberkatan daripada Allah SWT...