Seuntai Kata Untuk Dirasa....

Wednesday, 28 December 2011

Never Ending Story...Selamat Tinggal Puan.....

.....catatan terindah ini ditujukan khas buat Puan ....seorang mentor bagiku, seorang yang banyak memahamiku dan sentiasa dekat dihatiku. Puan...seorang 'boss' yang sangat mengambil berat akan permasalahan anak-anak buahnya...mengimbau detik2 ketika berada di bawah 'pentadbirannya', banyak perkara yang boleh dikongsikan, malah adakalanya aku boleh bercerita sedikit apa permasalahan yang ku pendam, walaupun bukan masalah yang cukup berat, namun sedikit nasihat yang diberikan mampu meleraikan kekusutan yang ada dalam hati, ....terasa satu kehilangan yang cukup besar bagiku dalam aku memikul tugas sebagai seorang pendidik...selama aku berada dalam alam yang mempunyai seribu satu cabaran ini, syukur ke hadratmu Ya Allah, selama aku mengenali semua boss ku,aku tidak pernah menghadapi masalah dengan mereka...dan semoga ini akan berterusan selagi hayat dikandung badan. Prinsip hidupku, selama kita berada di bawah, janganlah kita cuba melawan orang yang berada di atas, kudoakan semoga puan akan berjaya dalam kehidupan dunia dan akhirat....semoga kita semua akan menjadi pendidik yang mampu membentuk insan kamil yang berjaya pada hari ini dan hari esok....

Thursday, 15 December 2011

Never Ending Story....Catatan Terindah Seorang Suri Yang Setia....

Alhamdulillah...telah kulalui percutianku yang terindah bersama-sama anak-anak dan keluargaku yang tersayang, terasa sangat pantas masa berlalu...sinaran sang suria dan cahaya syahdu  si bulan pada waktu malam dengan dipagari bintang..tidak menyedarkan aku akan perubahan masa yang berlaku...terlalu indah ciptaan Allah SWT..tidak termampu oleh insan kerdil seperti kita untuk merungkai segala ciptaan yang maha indah ini, Allah hamba akur dengan kebesaranMu...dan aku, dalam meniti tempoh percutian yang panjang ini, ku cuba melaksanakan beberapa tugas yang perlu dipenuhi..tugas sebagai guru secara total kutinggalkan..kini tugas sebagai suri..penyeri hati si suami..mampukah ku galas tugas dan tanggunjawab ini sebaiknya..tiada yang sempurna dalam dunia ini..menjadi suri yang membahagiakan hati si suami, mampukah semua ini kupenuhi? Impian dan harapan sepanjang hayat dikandung badan, itulah yang menjadi doa siang dan malam....