Seuntai Kata Untuk Dirasa....

Sunday 10 July 2011

Never Ending Story...Chapter 3

Usai sudah satu hari yang cukup memenatkan...namun tugas dan tanggungjawab untuk putera dan puteriku tersayang tidak menjadi masalah buatku...bermula dengan acara sukan di sekolah puteri-puteriku..Auni dan Amni, agak tersentuh hati melihat 'kekalutan dan keributan'  ibu dan ayah merakam aksi anak-anak mereka sepanjang acara sukan bermula, itulah tingginya nilai kasih sayang ibu dan ayah.. kehadiranku ke sana untuk menyaksikan persembahan puteriku, Auni dengan pasukan muzik "Genderang"nya...dan catatan perjalanan hari ini, aku akhiri dengan ..menghantar puteraku pulang ke asrama...SEMASHUR SEINDAH NAMA...sejuk hatiku tatkala melihatkan aksi riang puteraku ...untuk kembali ke asramanya...Alhamdulillah....semoga puteraku terus happy.....tqvm dear, mama luv u so much....

Saturday 9 July 2011

Never Ending Story ...Chapter 2

Sedang asyik menulis, aku terpandang akan anakku..Afif Darwish. sedang melukis satu hasil karya yang cukup menarik..anak sekecil lima tahun mampu membina kreativitinya sendiri, lantas dia menyatakan kepadaku untuk mencipta hasil karyanya apabila besar kelak... aku terfikir... mengapakah ada dalam kalangan anak-anak didikku masih tidak tahu apa akan mereka lakukan apabila besar kelak....siapakah yang harus membantu mereka?..akukah?..atau ibu bapanyakah?....hanya Allah SWT mengetahui akan segalanya...

Never Ending Story...Chapter 1

I Luv My Kids...(Tq dear..)
Selama ini anak-anakku tersayang sering mengajak mamanya membina satu blog..but i refused to do that because of the time..but this time i say..yesss...rupa-rupanya tidak susah untuk anak-anak belajar dan mengajar...mungkin kerana minat...but me??..masih tidak faham, cuma anak-anakku, Amni dan Auni yang banyak mendorong.. mungkin ini akan menjadi satu titik tolak kepadaku untuk memulakan langkah pertama dalam bidang penulisan kreatif..satu NOVEL..yang lama dirancang dan menjadi satu hasrat yang lama terpendam..semoga akan menjadi kenyataan..InsyaAllah...tqvm sayang...mama luv u all very much...