Seuntai Kata Untuk Dirasa....

Saturday 20 October 2012

Never Ending Story...Bicara Hati 2

Hari semalam, hatiku berbicara...hari ini masih ada rasa untuk berbicara, namun tanpa kudrat, rasa sahaja tidak mencukupi....ku jalinkan rasa dan kudrat untuk mencoret di dada blog ini....Bicara Hati 2...Sedetik Lebih...kenapa hatiku berasa sangat sayu mendengar lagu ini....mungkin pada insan yang bercinta, bait-bait kata yang terkandung dalam lagu ini ada hubungan dengan perasaan yang terjalin antara mereka, namun bagiku, lagu ini begitu sarat maksudnya dengan unsur ketuhanan...Ya Allah, hambamu ini sangat mencintaiMu.....semoga hati dan diri ini sentiasa mencintaimu, Sedetik Lebih.... ku panjatkan doa untukmu Ya Allah, semoga rasa kecintaan yang mendalam hambaMu ini tidak akan padam sehingga ke akhir hayatku...apa jua cara sanggup kulakukan demiMu Ya Allah, namun hamba ini bukanlah wali...yang sentiasa melakukan yang terbaik, bersih dan suci, hambaMu ini selalu melakukan kesilapan, demi kesilapan, walaupun dalam keadaan berwaspada dan beringat, ...entahlah, setiap hari sebelum memulakan langkahku sebagai hambaMu di muka bumi ini, doa ku pohon supaya diri ini terhindar dari melakukan dosa...namun, aku masih tergelincir....adakah ini menandakan aku masih tidak bersih?, iman ku masih jauh daripada baik? .... Ya Allah, kesedaran yang ada ini membantu hambaMu untuk mencari kesempurnaan, dan aku bersyukur kerana masih diberi kesedaran akan kekurangan diri....akan kuhijabkan hatiku, kerana ku tahu menghijabkan hati adalah lebih sukar daripada menghijab kepala....semoga akan kutemui apa yang aku cari selama ini Ya Allah...cahaya kasihMu yang sejati...InsyaAllah.....

No comments:

Post a Comment