Seuntai Kata Untuk Dirasa....

Saturday 7 January 2012

Never Ending Story...Harapan dan Keihlasan...

Sudah lama aku menggantung pena ini dari mencoret satu catatan terindah...rindu untuk aku meluahkan segala yang terbuku di hati dan perasaan yang dipendam di dada blog ini, sayang...walaupun lama aku 'bercuti', namun banyak nukilan yang terlintas di fikiran...idea yang ingin kuceoretkan buat tatapan diri sendiri dan sekadar menangkan hati, juga untuk meluahkan perasaan....mungkin ada yang sudi menjengok coretan ini, jengoklah, tiada kaitan dengan sesiapa jua, sekadar coretan yang bernama coretan..entah kenapa, hati ini terpanggil untuk mencoret sebuah kisah mengenai sebuah harapan. Bait-bait lirik lagu BDB..."harapan setinggi gunung berderai menjadi DEBU" aku teringat.. "sebuah harapan"..setiap insan yang lahir dan hidup di alam ini pasti mempunyai harapan..tinggi atau rendahnya harapan itu bergantung kepada diri kita sendiri..semua insan tahu akan maksud harapan namun adakah semua yang diharapkan dan diimpikan akan menjadi kenyataan..lantas aku teringat akan sekelumit kata si bijak pandai "semakin bijaksana seseorang itu semakin sedikit yang diharapkan namun dia akan memperoleh lebih dari yang diharapkan...sebagai insan kamil yang melalui sebuah perjalanan dalam kehidupan ini, aku memikul pelbagai tugas, sebagai anak, isteri, ibu dan tugasku sebagai pendidik..aku letakkan harapan setinggi gunung atas setiap tugasku ini, berjaya kugapai atau tidak itu bukan menjadi penghalang untuk meneruskan perjuangan, apa yang penting bagiku harapan dan keikhlasan aku letakkan seiring, ikhlas dalam melaksanakan apa jua pekerjaan akan dapat memulihkan hati dan perasaan jika harapan gagal dicapai, sentiasa ku pegang kata-kata "sebuah keikhlasan" kerana itulah yang menjadi penguat semangat jika aku gagal meraih harapan ku, sesungguhnya keihlasan itu menjadi satu pegangan buatku kerana apa jua pekerjaan yang kulakukan tidak pernah ku harapkan balasan...sesungguhnya Allah SWT sentiasa memerhatikan apa jua yang dilakukan dan kerana rindu dan kasihku padaNya membuatkan aku sentiasa ikhlas dan redha atas ketentuanNya....Ya tuhanku, kuharapkan keredhaan dariMu jua, setiap apa yang dianugerahkan aku terima dengan rasa syukur...semoga ini akan menjadikan ku lebih dekat denganMu Ya Allah....

No comments:

Post a Comment